Monday, January 12, 2009

KU BANGGA DENGANMU

Jakim Bakal Lahirkan Ulama' Dari Golongan OKU Penglihatan
Seramai 18 pelajar baru Program Persijilan Tahfiz al-Quran bagi Orang Kurang Upaya Masalah Penglihatan (OKUMP) telah mendaftarkan diri pada 30 Disember yang lalu di Kampus Darul Quran, Kuala Kubu Bharu.

Mereka telah diraikan dalam majlis sambutan yang dirasmikan oleh Y.Bhg Dato’ Hj. Wan Mohamad Dato’ Syeikh Abd Aziz, Ketua Pengarah Jakim. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan, Prof. Dr. Wahbah Az-Zuhaily, Pengarah Darul Quran, Y.Bhg Che Ibrahim Che Man dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia, En. Shuhaimie Mat Isa.

Dalam ucapan perasmiannya, Ketua Pengarah Jakim mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang terpilih bagi mengikuti program yang julung-julung kali dilaksanakan oleh institusi pengajian tinggi di Malaysia. Beliau turut melahirkan hasrat agar para pelajar tidak berputus asa menjalani pembelajaran di Darul Quran dan berharap program ini memberi manfaat yang besar kepada semua pelajar.

Sementara itu, Pengarah Darul Quran ketika menyampaikan ucapan aluannya melahirkan rasa gembira kerana program persijilan bagi OKUMP akhirnya berjaya dilaksanakan di Darul Quran.

Beliau turut berharap agar program ini dapat diteruskan dan beliau berjanji akan meningkatkan prasarana di Darul Quran untuk kemudahan para pelajar OKUMP dari semasa ke semasa.

Ucapan perasmian oleh Y.Bhg. Dato' KP Jakim
Sebahagian daripada pelajar Program Persijilan Tahfiz Al-Quran OKUMP
Sidang media diadakan selepas majlis



Print Format


-->
:
MUKTASYAF BIN IBRAHIM -->
Tarikh : 02 Januari 2009 Sumber : Pengarah Bahagian DarulQuran Editor : PRO JAKIM Hits : 333

No comments:

Post a Comment